Showing posts with label Sekadar Ingatan. Show all posts
Showing posts with label Sekadar Ingatan. Show all posts

Wednesday, August 10, 2011

Muhasabah Ramadhan...

pic credit to mr google
N3 ini untuk peringatan diri sendiri yang sering leka dengan duniawi..
Alhamdulillah...sudah lengkap satu pertiga Ramadhan yang telah kita jalani...Sepanjang satu pertiga ini, moga kita dapat meningkatkan taqwa kepadaNYA disamping melengkapi dua pertiga lagi dengan pengabdian kepadaNYA...Semoga ianya terus istiqamah kepada bulan-bulan yang lain...

Pagi tadi terdengar di corong Radio IKIM mengenai..Apakah perubahan yang telah berlaku pada diri kita, keluarga dan masyarakat setelah melengkapi satu pertiga Ramadhan..dan hati terdetik hiba dan syahdu..kerana sesungguhnya masih banyak kebaikan dan amalan-amalan yang masih belum memenuhi kehendakNYA..SubahanAllah....Moga Allah beri kesempatan lagi untuk saya menambahkannya..~terdiam n berfikir panjang sebentar..memikirkan amalan sy seharian...



credit pic dr mr google
 Sekadar ingatan dan muhasabah untuk diri sendiri..Menilai diri agar ke arah yang lebih baik..

7 Sifat susah & stress dalam hidup kita

1. kita selalu cepat marah
2. Kita sentiasa nak betul dalam setiap percakapan
3. Dalam semua urusan, kita nak 'lebih'.
4. Kita sentaiasa nak lebih dari orang lain
5. Kita terlalu memikirkan apa orang kata pada kita
6. Kita merasakan segala yang dicapai adalah hasil usaha kita dan bukan bantuan dari ALLAH.
7. Kita sangat mementingkan 'Title' dan pangkat kita.

MasyaAllah...semoga diri ini dijauhkan dari sifat susah n stress dalam hidup..dan dipenuhi dengan 7 Sifat kesedaran ketuhanan ini.

7 Sifat Kesedaran yang lebih kepada ketuhanan

1. Kita tidak suka compete tapi lebih suka bagi kerjasama pada semua orang
2. Dalam perbualan, kita lebih suka menjaga silaturrahim daripada lebih nak betul
3. Kita sentiasa melakukan sesuatu dengan penuh kasih sayang
4. Kita sentiasa memberi manfaat kepada orang lain lebih dari diri kita
5. Kita sentiasa mencari kebaikan dalam sesuatu situasi dan mencari kecantikan dalam diri seseorang
6. Kita sentiasa bersifat murah hati.
7. Kita sentiasa menerima manusia seadanya dan sentia memperbaiki diri kita..


source dari Prof Dr Muhaya di Ramadhan Vlog day-7.

p/s: ‎4 Jenis zikir yang tidak patut ditinggalkan oleh setiap muslim sepanjang Ramadan. Pertama, mengucapkan istighfar (memohon ampun), kedua memperbanyakkan ucapan syahadah, ketiga berdoa meminta syurga dan keempat memohon keredaan Allah." - Riwayat al-Baihaqi.



Friday, July 22, 2011

Amalan Sunat Hari Jumaat

Sekadar berkongsi sedikit info mengenai fiqah..kadang-kadang kita mengetahuinya..tp jarang mengamalkannya..~peringatan untuk diri sendiri.Maaflame xdapat meng'update blog n b/w
cbuk ckit dlm melatih diri sendiri..ke arah bulan yang akan menjelang ni...

1. Perbanyakkan selawat
  • kepada Rasulullah SAW pada malam jumaat dan pada siang hari jumaat. Sabda Baginda SAW,maksudnya "Perbanyakkan selawat kepadaku pada hari jumaat dan malam jumaat. Sesiapa yang berselawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat dan memberikan salam kepadanya 10X." ~Riwayat al-Baihaqi
2. Membaca surah al-Kahfi
  • pada hari jumaat atau malam juamaat. Abu Sa'id meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ia akan diterangi oleh cahaya anatara dua jumaat. ~ Riwayat al-Nasa'i dan al-Baihaqi
3. Mandi sunat, berhias, bersiwak dan memakai wangian.
  • Daripada Ibn Abbas, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya hari ini*jumaat( ialah Hari Raya yang Allah jadikan untuk kaum Muslimin.Sesiapa yang mendatangi solat jumaat, maka hendaklah ia mandi. Jika ia memiliki minyak wangi, maka hendaklah ia memakainya. Hendaklah pula kalian bersiwak" ~ Riwayat Ibn Majah dengan sanad hasan
4. Bersegera menghadiri solat Jumaat
  • Malah terdapat ganjaran yang berbeza bagi orang yang bersegra ke masjid pada hari jumaat berdasarkan hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah daripada Rasulullah yang diringkaskan:
  • waktu masuk ke masjid    
  • awal waktu                        seumpama berkorban seekor unta
  • waktu kedua                      seumpama seekor lembu 
  • waktu ketiga                      seumpama seekor kambing kibas
  • waktu keempat                  seumpama seekor ayam
  • waktu terakhir                   seumpama sebiji telur    
            
5. Berusaha untuk duduk dekat dengan imam
  • semasa solat jumaat. Samurah meriwayatkan daripada Rasulullah SAW sabda Baginda yang bermaksud: "Hadirilah khutubah dan mendekatlah dengan imam. sesungguhnya seorang yang sentiasa menjauh akan diakhirkan tempatnya si syurga meskipun ia memasukinya.~Riwayat Abu Daud dan al-Hakim
Emm...xlame lg Syaban pun sudah mengakhirkan dirinya..menjelang bulan yang ditunggu iaitu bulan ke-9 dlm kalendar hirah ini...Semoga bulan yang mulia ini dapat diharungi dengan lebih baik dari tahun2 sebelumnya..amin...Semoga kita dapat menambahkan ibadah seakan-akan inilah Ramadhan yang terakhir bagi kita..
EID AIRLINES..
Assalammualaikum..My name is Syaaban

I am advising u tht my neighbour Ramadhan will b visiting u soon with his wife Barakah&two children Sahur&Iftaar.
They will b accompanied by 3 grandchldren Rahmah,Maghfirah&Jannah.They will leave aftr 30 dys by Eid Airlines.
Treasure them& i.Allah you will be blessed~

*Marhaban Ramadhan,May it brings us Blessing&Forgiveness,♥

Monday, April 25, 2011

Jom kita gilapkan permata diri!!!!

Permata memang menjadi satu kegemaran bagi kaum wanita..sapa tak suka pada permata atau berlian kan?rasanya semua org suka..;)


source from mr google

Untuk mendapatkan permata,ianya bukan satu yang mudah dan senang..sbbnya satu harga dia sudah tentu mahal dan bukan setiap hari kita akan membeli permata..Bagi orang yang berduit dan kaya memang tidak menjadi masalah untuk mendapat permata yang diingini..Namun, bagi yang kurang berkemampuan agak sukar untuk mendapatkan permata.
Bagi mereka, permata yang akan dipilih dan dibeli haruslah dari kualiti yang baik dan ianya memang sangat2 berharga pada diri masing kerana agak sukar untuk membelinya dan selalunya dibeli atas sebab2 tertentu seperti perkahwinan atau hadiah kepada yang amat bermakna pada diri seseorang.Kilauan permata sangat menjadikan buruan wanita terutama...
Namun,sedar atau tidak yang sebenarnya permata juga wujud pada diri kita juga. Terdapat '4 permata' dalam dirinya. Kilauan keempat-empatnya akan sirna dengan kewujudan 4 unsur perosak.

1) Akal kita yang sihat, akan hilang sinarnya oleh kemarahan yang memuncak.
2) Agama yang memacu diri kita kepada kebenaran, akan hilang sinarnya kerana iri dan hasad.
3) Malu yang menjaga kita dari kemaksiatan akan hilang sinarnya dek kerakusan mengejar dunia tanpa waspada.
4) Dan amal soleh yang mengindahkan peribadi akan hilang sinarnya kerana umpat dan adu domba.

Justeru, peliharalah kilauan 4 permata di dalam diri kita ini : AKAL, AGAMA, MALU DAN AMAL SOLEH, kerana permata dunia hanya mengindahkan diri kita di dunia semata, tetapi permata2 di 'dalam diri' akan membantu mencantikkan hidup kita di dunia juga di akhirat sana
~source here -thanks kak ina..;)

source from mr google

p/s: sangat terkesan membaca note ini..kadang2 kita terlalu lalai dengan dunia.. SubahanAllah..semoga sentiasa diberi petunjuk dariNYA..;)

Thursday, April 7, 2011

A very mery berry : strawberry

When its come to spring...rasa nyaman sungguh sbb sudah kembali merasai rasa panas...Lately,dh xpayah dh nk pakai bj tebal2..hehehe..boleh je pakaii bj selapis..n suhu pun dlm range 10-20 C..kdg2 je..dia jatuh bwh 10C..Alhamdulillah..28 March ari tue..genaplah setahun kami di bumi nippon ni..n 2 n 1/2 years to go...ganbare!!!!ganbare!!!ganbare!!!
Since yuki lg..kalo survey harga buah strawberry xbrp nk turun sgt..mungkin belum musim kot..ms tue ckp dlm hati je...n stat mid of feb until now..rsnye harga dia dh jatuh ckt n rsnye musim dia dh nk abis dh kot...hehe...so..bolehlah beli dgn byk2nye..hehehe..Actually, WAQ really like to eat strawberries...if buy only one packet...mesti abis ke dia je..dulu ms musim dia br keluar..harga dia agak mahal..so, we buy only one packet aje..hehehe..tue pun harga dlm 398 yen (RM14+)..now harga dh dh kurang dh..hehe dlm 98/99yen je sepacket (RM3+) dan sejak 2/3 weeks ni hr2 jln gi kedai beli strawberries..n sekali beli bukan main lg..smpi 3 packet/day...
Emm..bile tgk strawberry sana sini..mule2 hati tertanya ape khasiat strawberry ni ye?n sy pun search kat sini, sini and sini..n dibawah ni kite tgk benefits of strawberry to human being ye..;)


Where the word 'Strawberry' came from?
Why are these lovely little jewels given such a common name as 'Strawberry?' Well, like all things that have been around for a while, there is some doubt about the surety of the name's origin.

1st consideration, 'straw' came from how the berries grown out..which is grown in beds cover with straw...tp this berry didnt grown on it after a few2 years ago org2 menyelidik ttg itu..And most of them agreed that the word 'Strawberry' come from the word 'strew'.dan dipendekkan cite..perkataan ini muncul dengan meminjam salah satu kata kerja Anglo-Saxon iaitu 'strew' which they called streabergen (strea means strew and bergen means berries) then. become streberie, straiberie, strauberie, straubery, strauberry, and finally, 'strawberry', the word which we use today.

Some strawberry facts that you may or may not wish to know:
  • Strawberry merupakan the only fruit yg mempunyai seeds yg duduknye di luar dengan purata sebiji buah mempunyai 200 bijinya..banyakkan..;)
  • perkataan 'strawberry' hy wujud ejaan dia pd thn 1538...
  • dikatankan sebagai lambang cinta sbb: Pada suatu masa dulu orang-orang Perancis menganggap strawberi tersebut sebagai  tradisional melayani sup strawberi untuk pengantin baru.
  • Salah satu legenda mengatakan bahawa jika anda berehat  bersama strawberry dan berkongsi dengan manusia yg berlainan jantina, anda akan jatuh cinta dengan satu sama lain.
  • dikatakan merupakan ahli keluarga mawar kerana warnanya semerah mawar...
  • Ann Boleyn, isteri kedua Henry VIII, memiliki tanda lahir berbentuk strawberry di lehernya.
  • orang America Indian sudah penanaman dan makan strawberi ketika  zaman penjajah tiba. Berry dihancurkan dicampur dengan tepung jagung dan dibuat menjadi roti. Setelah cuba roti ini, banyak kawasan jajahan America mengembangkan versi mereka sendiri, yang sekarang kita kenal sebagai strawberry shortcake.
  • Strawberry mempunyai lebih banyak vitamin C dari buah Orange, mengikut berat.
         Ukuran untuk strawberry:

           1-1/2 pound = 2 liter/1 liter
           1 bakul kecil = 1 pint
           1 pint = 3 1 / 2 cawan buah
           1 pint = 2 1 / 2 cawan hirisan buah
           1 pint = 1 2 / 3 cawan bubur strawberry
           1 cawan = sekitar 4 ons

Benefit of strawberrys
Warna merah dari buah strawberry itulah yang membuatkan buah ini kaya pigmen warna antosianin dan mengandung antioksidan tinggi. bila dah tahu antioksidan, sudah tentu khasiatnya sangat2 banyak.Selain dari antioksidan tersebut ia juga kaya serat, rendah kalori, dan mengandung vitamin C, folat, potassium dan asam allergic.


khasiat strawberry :

1. Strawberry yang kandungan lemaknya rendah, kolesterol rendah dan serat yang tinggi membuat strawberry sangat sesuai bagi yang menghidap penyakit diabetes atau ingin menurunkan berat badan (natural how to reduce ur fat)

2.Strawberry boleh mematikan pertumbuhan sel kanser dlm tubuh.

3. Strawberry juga boleh merendahkan gejala stroke.

4. Strawberry terdapat kandungan zat yang anti alergi dan anti radang.

5. Strawberry yang dimakan secara teratur dapat menghaluskan kulit dan membuat warna kulit terlihat lebih cerah dan bersih. dan juga berkhasiat untuk anti penuaan..hehehe.

6. strawberry yang mempunyai rasa manis ternyata memberi manfaat besar kepada badan. Terdapat kandungan vitamin A, C, B, Kalsium, Posfat, dan Magnesium yang cukup besar yang dapat berguna untuk badan.

How to make strawberry become fresh..

Strawberry paling elok dimakan bile ia segar samada menjadi  juice atau dimakan fresh saje..Biasanya,lebih elok jika nak makan..baru saja dibeli strawberry nya..ye..proses penyimpanan, buah ini perlu berhati hati, kerana buah ini amat mudah busuk sehingga boleh berjangkit ke buah yang lain.



p/s:ms duk malaysia kalo mkn buah strawberry selalu dpt yg masam je..sampai jd fobia nk mkn...hehehe..kat cn..manisnye...bestnya...;)






Monday, February 28, 2011

Erti Syukur...

Salam...maaf x berkesempatan lg utk meng'update' part 2...buat mase skang kurang ckit mood utk meng'update'..byk keje ckit yg menanti di rumah..InsyaAllah..sy akan cube mencar mase utk meng'update' siri kedua...
pic credit to lmn rasmi ikim..

Emm..entry ni khas utk sy sebenarnya..yg tibe terdgr lagu ni berkemundang kt ikim online br sekjp td...sy mmg buke ikim ni sebagai menghibur di kala buat keje2 rumah..tiap2 pg, siang or mlm..smpikan nk tido br lah tutup..hehehe..bukan ape..sbg penghibur hati je..hehehe..mmg sejak dr zmn sek lg..sy mmg peminat lagu2 nasyid..tp just minat je..xdelah nk selam2 maksud yg tersirat kt nasyid tue...msk duk kt U dulu..pantang je..ade konsert nasyid buat kt U..mesti beli tiket awl2 lg..siap reserve utk hari tue..xleh gi mane2..sbb mlm nk gi konsert..hehehe..(buruk btl perangai ms tue...;))

Bkn xboleh buke music kt lappy ni..lg pun kalo check balik..mmg kebykan lagu2 yg ade hy lagu nasyid je yg ade dlm stock lappy ni dismpg lagu inggeris yg diminati saje...Alhamdulillah lah..di pertemukan juga dgn hubby yg mempunyai minat yg same dgn sy..hehehe..jd koleksi lagu nasyid mmg bertambah..apebila cik hubby mengeluarkan stock lg2 dia...lg byk rupenye..hehehe..tp cik hubby ni kecenderungan dia byk juga pd lagu english..hehehe..
Emm.dgn buke Ikim ni..bkn saje boleh dgr lagu2 nasyid..tp boleh juga menghibur hati dgn tazkirah2 yg diberi oleh ustz2 jemputan dr ikim...mmg sgt suke..boleh mengubati kerinduan berusrah di Msia dulu...rindunye dgn geng2 usrah....n rindu dgn  usrah sendiri..lame dh hati ni xdgr usrah2..jd..Alhamdulillah..dgn Ikim..bolehlah mengubat hati sendiri..dgn bait2 kate ustz yg di jemput..bkn skdr itu..ikm juga titipkan cr2 mendidik anak dgn baik n scr islam, dismpng menceritakan sirah2 nabi yg kdg2 sy pun xtahu..Thanks..IKIM...(tp kdg2 tue..boring juga..sbb kdg2 dia ade segmen jual brg..or promotion...tu yg xbest ..tp dgr je la kan..hehehe.lgpun bbrp minit je..)..Contohnya smlm memberi ilmu pd sy yg amat bergune sgt2 ttg cr utk menegur seorang isteri..n ilmu ttg 4 mazhab di sebelah mlm..terkesima juga sy mendgr ilmu ttg mazhab..byk yg dpt sy bljr..Alhamdulillah...rupenye..byk yg sy xtahu...dr tahu...tue yg BESTNYA IKIM..di kala sbg perantau...~cthnya solat..kat cn kan solat mase dia berubah2..n kalo musim sejuk sekejap je wktu antr nk masuk asar n maghrib n isya'..jd kalo nk gi mn2 kdg2 takut terlepas solatnya...then,Alhamdulillah smlm telah terungkai sgl persoalan sy....

OOpppsss!!!dh mengarut byk ye...okay..Actually..entry ni ..mengingatkan sy..ttg SYUKUR....n kdg2 sy selalu terlepas pndg mengenai ini....n tersentak td bile dgr lagu ERTI SYUKUR by UNIC yg duk berkemundang kt IKIM...lagu ni dh lame dh pun...tp ari ni sy sgt tersentak dgr liriknya n terus menilai diri ape yg sy sdh lalui selama ni...

ALHAMDULILLAH..SAYA AMAT BERSYUKUR DI ATAS SEGALA NIKMAT YANG TIDAK PERNAH JEMU N UJIAN YANG DIBERIKAN KEPADANYA...THANKS YOU VERY MUCH ALLAH!!!!:)

Ye..mmg tidak susah untuk kite mengucapkan syukur kepadaNYA..bile2 saje boleh kite ucapkan..dgn mengucap ALHAMDULILLAH..cume kdg2 kite selalu terlupe utk itu...n kite ni bile dah ditimpa ujian drNYA..brlah nk rasai makna sebenar erti bersyukur...jom2 kwn ramai2 kite lafazkan kalimah syukur ni..;)Semoga kite sentiasa beringat yang apa sahaja yg kita ada hanyalah pinjaman dariNYA utk perjuangan kita di dunia ini..dan di akhirat sana..bersedialah kita untuk dinilai setiap zarah pinjaman NYA kepada kita....SUBAHANALLAH...ALHAMDULILLAH...

Okay,..jom hayati lirik lagunye..yg betul2 menyentap hati sy...


Lafazkan kalimah syukur

Lafazkan kalimah itu

Alhamdulillah...



Segalanya yang ku kecapi

Adalah milikMu Ilahi -Tuhan Maha Pemurah-

Tak kan terbalas walaupun sebesar zarah



Kenikmatan yang bertandang

Terkadang tidak dihiraukan - Lepas dari pandangan -

Dan bila hilang barulah dikesalkan
(lirik ni mmg menyedarkan saya..)



Adakalanya aku hanyut

Adakalanya aku lupa

Adakala aku leka

Ampunilah...

Kerana ku manusia

Lemah dan tidak berdaya di sisiMu

Seringkali terlupa nikmatMu

Datang tiada jemu

Bila terhimpit mulalah

Mencari dan menyebut namaMu

Barulah merasai makna sebenar erti syukur

Syukur atas rahmatMu



Adakala ku hanyut

Adakala ku lupa

Adakala ku leka dan adakala ku alpa

Kerana ku manusia

Lemah dan tak berdaya

Seringkali terlupa nikmat yang Kau kurnia

Ku bersyukur ya Tuhan

Segala pemberian

Walau luas lautan

Bukanlah perbandingan

Ku tingkat keimanan

Ku gilap ketaqwaan

Sebagai perlambangan

Terima kasih ku Tuhan



Onak duri kehidupan

Jatuh bangun sendirian

Ada hikmah yang tersimpan

Yang menguji iman



Bersyukurlah selalu

Sentiasalah redha dan menerima

Tiap ujian tiba bukan diminta

Sebaliknya Allah Maha Mengetahui



Kan ku bertasbih selalu

Bertahmid berzikir padaMu

Sebagai tanda ku nilai

RahmatMu Tuhan



Aku bersyukur Ya Allah

Segala pemberianMu pada ku

Seluas lautan pun bukanlah jadi ukurannya

Memang tiada bandingan

Segalanya yang ku kecapi

Adalah milikMu Ilahi -Tuhan Maha Permurah-

Bukan miliku pinjaman sementara

Syukur Alhamdulillah



Sesungguhnya solatku,

Amalku, hidupku, matiku

Kerna Allah yang satu

Kuserahkan segala harta jiwa dan raga

Sebagai tanda cinta

KepadaMu Yang Esa

Lirik diambil dr liriknasyid .com~crdt

p/s:skang ni bby WAQ dh pandai dh..kalo dgr lagu Maher Zain..mesti dia panggil ummi dia..n tunjuk kt lappy ni ade keluar lagu tue..-ni sume gara2 dh byk kali dia dgr lagu tue..kalo duk dlm keta mesti nk buke lagu Maher Zain..kalo abi dia buke lagu lain..nnt dia tunjuk kat radio tue..suruh abi dia tukar lg maher Zain..aik!!!ikut sape lah ni..hehehe
(Abi selalu pesan..kat sy kalo sy ajar bby WAQ.ckp english nnt en hubby mesti suruh sy.ajar psl agama lbh dr english...sbb dia kate..akhirat lbh penting..berckp bhs english..mane2 boleh dpt..tp bljr akhirat susah nk dpt...(Alhmdulillah skang bby WAQ dh boleh recognise 5 part of face in english)....skang bby WAQ..br bljr iqra' 1..n bby WAQ..br je pndi sbt A..dan Ba je...n skang ni kalo bby  WAQ nk mkn dia akn tadah tgn dulu n sbt amin...ummi dia yg kene bc doa mkn..dia tkg amin je...hehehe..n kalo menguap..dia akn cpt2 amik tgn dia utk tutup mulut..smpikan adik dia menguap pun dia nk tolong tutupkan mulut adik dia...)
Alhamdulillah..semogabby WAQ akn trskan sgl ape yg diajar..n semoga menjadi ank yg solehah..;)





Semoga WAN ALTAF QAISARA akan menjadi anak yang solehah  dan akan sentiasa mengembirakan ummi n abbi...InsyaAllah...;)




Monday, December 6, 2010

Selamat Tahun Baru...Ma'al Hijrah 1432H




pic from: iluvislam
Alhamdulillah...terima kasih kepadaNYA...kerana memberi kita nikmat untuk hidup di muka bumi ini selama setahun ini...Pelbagai ujian dan dugaan mahupun pujian dan penghargaan yang diberikan olehNYA kepada kita...namun..kita sebagai hambanya...adakalanya lalai...adakalanya kita kalah...adakalanya kita putus asa...adakalanya kita tertekan...sekalipun nikmatNYA  tidak pernah berkurang....SUNGGUH BERUNTUNGNYA MENJADI HAMBAMU.....YA ALLAH!!!!

Oleh itu..sempena menyambut Ma'al Hijrah 1432H pada waktu maghrib ini..marilah sama2 kita bulatkan niat walaupun setiap tahun kita membuatnya...teruskan tekad,tingkatkan munajat kepadaNYA dan kumpulkan semangat sekuatnya...dan semuanya ini..Ingatlah!!!Ingatlah!!!...kita lakukanlah bukan untuk dipandang mulia,dipuji mahupun dimuliakan....dan juga bukannya untuk dunia....lakukanlah dengan serendah-rendah hati kita untuk Allah yang Maha Esa dan Agung...agar kita sentiasa di bawah lindunganNYA dan semoga setiap detik langkah kita adalah bersamaNYA....InsyaAllah...agar syurga yang sungguh mempersonakan menanti kita nanti.....Ameen...ya Rabbal Alamin....;)


pic from: iluvislam
SALAM MA'AL HIJRAH 1432H untuk semua keluarga,kawan-kawanku,blogger2,anak-anak muridku dan semua yang mengenali ku....




p/s: tinggal 30 minit lagi seluruh kawasan Fukuoka akan menyambut TAHUN BARU 1432H....SALAM MA'AL HIJRAH 1432H....
(Alhamdulillah...tahun ni sambut hari 'muda' ku di akhir tahun...hehehe..dan di ambang awal tahun....syukur Alhamdulillah....;)