Permata memang menjadi satu kegemaran bagi kaum wanita..sapa tak suka pada permata atau berlian kan?rasanya semua org suka..;)
source from mr google |
Untuk mendapatkan permata,ianya bukan satu yang mudah dan senang..sbbnya satu harga dia sudah tentu mahal dan bukan setiap hari kita akan membeli permata..Bagi orang yang berduit dan kaya memang tidak menjadi masalah untuk mendapat permata yang diingini..Namun, bagi yang kurang berkemampuan agak sukar untuk mendapatkan permata.
Bagi mereka, permata yang akan dipilih dan dibeli haruslah dari kualiti yang baik dan ianya memang sangat2 berharga pada diri masing kerana agak sukar untuk membelinya dan selalunya dibeli atas sebab2 tertentu seperti perkahwinan atau hadiah kepada yang amat bermakna pada diri seseorang.Kilauan permata sangat menjadikan buruan wanita terutama...
Namun,sedar atau tidak yang sebenarnya permata juga wujud pada diri kita juga. Terdapat '4 permata' dalam dirinya. Kilauan keempat-empatnya akan sirna dengan kewujudan 4 unsur perosak.
1) Akal kita yang sihat, akan hilang sinarnya oleh kemarahan yang memuncak.
2) Agama yang memacu diri kita kepada kebenaran, akan hilang sinarnya kerana iri dan hasad.
3) Malu yang menjaga kita dari kemaksiatan akan hilang sinarnya dek kerakusan mengejar dunia tanpa waspada.
4) Dan amal soleh yang mengindahkan peribadi akan hilang sinarnya kerana umpat dan adu domba.
Justeru, peliharalah kilauan 4 permata di dalam diri kita ini : AKAL, AGAMA, MALU DAN AMAL SOLEH, kerana permata dunia hanya mengindahkan diri kita di dunia semata, tetapi permata2 di 'dalam diri' akan membantu mencantikkan hidup kita di dunia juga di akhirat sana
source from mr google |
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih kepada semua yang sudi mencoretkan sebarang nasihat,idea dan cadangan...coretan anda memberikan seribu makna bagi saya...;)