Friday, July 22, 2011

Amalan Sunat Hari Jumaat

Sekadar berkongsi sedikit info mengenai fiqah..kadang-kadang kita mengetahuinya..tp jarang mengamalkannya..~peringatan untuk diri sendiri.Maaflame xdapat meng'update blog n b/w
cbuk ckit dlm melatih diri sendiri..ke arah bulan yang akan menjelang ni...

1. Perbanyakkan selawat
  • kepada Rasulullah SAW pada malam jumaat dan pada siang hari jumaat. Sabda Baginda SAW,maksudnya "Perbanyakkan selawat kepadaku pada hari jumaat dan malam jumaat. Sesiapa yang berselawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat dan memberikan salam kepadanya 10X." ~Riwayat al-Baihaqi
2. Membaca surah al-Kahfi
  • pada hari jumaat atau malam juamaat. Abu Sa'id meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ia akan diterangi oleh cahaya anatara dua jumaat. ~ Riwayat al-Nasa'i dan al-Baihaqi
3. Mandi sunat, berhias, bersiwak dan memakai wangian.
  • Daripada Ibn Abbas, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya hari ini*jumaat( ialah Hari Raya yang Allah jadikan untuk kaum Muslimin.Sesiapa yang mendatangi solat jumaat, maka hendaklah ia mandi. Jika ia memiliki minyak wangi, maka hendaklah ia memakainya. Hendaklah pula kalian bersiwak" ~ Riwayat Ibn Majah dengan sanad hasan
4. Bersegera menghadiri solat Jumaat
  • Malah terdapat ganjaran yang berbeza bagi orang yang bersegra ke masjid pada hari jumaat berdasarkan hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah daripada Rasulullah yang diringkaskan:
  • waktu masuk ke masjid    
  • awal waktu                        seumpama berkorban seekor unta
  • waktu kedua                      seumpama seekor lembu 
  • waktu ketiga                      seumpama seekor kambing kibas
  • waktu keempat                  seumpama seekor ayam
  • waktu terakhir                   seumpama sebiji telur    
            
5. Berusaha untuk duduk dekat dengan imam
  • semasa solat jumaat. Samurah meriwayatkan daripada Rasulullah SAW sabda Baginda yang bermaksud: "Hadirilah khutubah dan mendekatlah dengan imam. sesungguhnya seorang yang sentiasa menjauh akan diakhirkan tempatnya si syurga meskipun ia memasukinya.~Riwayat Abu Daud dan al-Hakim
Emm...xlame lg Syaban pun sudah mengakhirkan dirinya..menjelang bulan yang ditunggu iaitu bulan ke-9 dlm kalendar hirah ini...Semoga bulan yang mulia ini dapat diharungi dengan lebih baik dari tahun2 sebelumnya..amin...Semoga kita dapat menambahkan ibadah seakan-akan inilah Ramadhan yang terakhir bagi kita..
EID AIRLINES..
Assalammualaikum..My name is Syaaban

I am advising u tht my neighbour Ramadhan will b visiting u soon with his wife Barakah&two children Sahur&Iftaar.
They will b accompanied by 3 grandchldren Rahmah,Maghfirah&Jannah.They will leave aftr 30 dys by Eid Airlines.
Treasure them& i.Allah you will be blessed~

*Marhaban Ramadhan,May it brings us Blessing&Forgiveness,♥

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kepada semua yang sudi mencoretkan sebarang nasihat,idea dan cadangan...coretan anda memberikan seribu makna bagi saya...;)