pic credit to mr google |
Alhamdulillah...sudah lengkap satu pertiga Ramadhan yang telah kita jalani...Sepanjang satu pertiga ini, moga kita dapat meningkatkan taqwa kepadaNYA disamping melengkapi dua pertiga lagi dengan pengabdian kepadaNYA...Semoga ianya terus istiqamah kepada bulan-bulan yang lain...
Pagi tadi terdengar di corong Radio IKIM mengenai..Apakah perubahan yang telah berlaku pada diri kita, keluarga dan masyarakat setelah melengkapi satu pertiga Ramadhan..dan hati terdetik hiba dan syahdu..kerana sesungguhnya masih banyak kebaikan dan amalan-amalan yang masih belum memenuhi kehendakNYA..SubahanAllah....Moga Allah beri kesempatan lagi untuk saya menambahkannya..~terdiam n berfikir panjang sebentar..memikirkan amalan sy seharian...
credit pic dr mr google |
7 Sifat susah & stress dalam hidup kita
1. kita selalu cepat marah
2. Kita sentiasa nak betul dalam setiap percakapan
3. Dalam semua urusan, kita nak 'lebih'.
4. Kita sentaiasa nak lebih dari orang lain
5. Kita terlalu memikirkan apa orang kata pada kita
6. Kita merasakan segala yang dicapai adalah hasil usaha kita dan bukan bantuan dari ALLAH.
7. Kita sangat mementingkan 'Title' dan pangkat kita.
MasyaAllah...semoga diri ini dijauhkan dari sifat susah n stress dalam hidup..dan dipenuhi dengan 7 Sifat kesedaran ketuhanan ini.
7 Sifat Kesedaran yang lebih kepada ketuhanan
1. Kita tidak suka compete tapi lebih suka bagi kerjasama pada semua orang
2. Dalam perbualan, kita lebih suka menjaga silaturrahim daripada lebih nak betul
3. Kita sentiasa melakukan sesuatu dengan penuh kasih sayang
4. Kita sentiasa memberi manfaat kepada orang lain lebih dari diri kita
5. Kita sentiasa mencari kebaikan dalam sesuatu situasi dan mencari kecantikan dalam diri seseorang
6. Kita sentiasa bersifat murah hati.
7. Kita sentiasa menerima manusia seadanya dan sentia memperbaiki diri kita..
source dari Prof Dr Muhaya di Ramadhan Vlog day-7.
p/s: 4 Jenis zikir yang tidak patut ditinggalkan oleh setiap muslim sepanjang Ramadan. Pertama, mengucapkan istighfar (memohon ampun), kedua memperbanyakkan ucapan syahadah, ketiga berdoa meminta syurga dan keempat memohon keredaan Allah." - Riwayat al-Baihaqi.
1 comments:
thanks for sharing kak :)
Post a Comment
Terima kasih kepada semua yang sudi mencoretkan sebarang nasihat,idea dan cadangan...coretan anda memberikan seribu makna bagi saya...;)